Wednesday, October 6, 2010

Zuhud

Assalamualaikum w.h.b. kepada pelanggan Nursari yang dikasihi..

Bercakap mengenai sikap zuhud ini, ramai yang bertanyakan kepada saya apakah maknanya.. Alhamdullilah hari ini diberikan ruang untuk saya menerangkan apakah yang dikatakan sifat zuhud itu.

"Ya Rasulullah, beritahulah aku amal yang apabila aku lakukan Allah dan semua manusia akan mencintaiku. Baginda Rasul s.a.w. menjawab: Bersikap zuhudlah kepada dunia, tentu Allah akan mencintaimu dan bersikap zuhudlah kepada harta benda yang ada di tangan orang lain, tentu manusia akan mencintaimu."

(Riwayat Ibnu Majah dan Hasan)

Zuhud bermakna mengurangi perhatian dan tumpuan kepada dunia, kurangi permintaan-permintaan yang diluar kemampuan atau menahan nafsu untuk keduniaan. Sifat ini ialah sifat yang menepis segala keinginan dan godaan dunia sebaliknya memperbanyakkan amal-amal akhirat dan kebajikan.

"zuhudlah kepada harta benda yang ada di tangan orang lain"... petikan dari hadis di atas. Perempuan memang tinggi nafsunya terutama apabila melihat orang lain lebih darinya.. kadang-kadang mendengar cerita sahaja sudah boleh mendatangkan cemburu. Bulu roma pun mula meremang.. tidak boleh kalah, mesti ingin menunjukkan pula apa yang dimiliki oleh dirinya malahan lebih lagi. Astagfirullahal azim... ya pelanggan yang dikasihi... semua apa yang kita miliki di dunia ini adalah milik Allah. Jangan kita bongkak, takbur serta lupa pada Nya tuhan sekalian alam.

Sama-samalah kita belajar untuk bersikap zuhud dan sebaliknya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Insyaallah...

Tweety Ku Sayang...

Tweety dalam kenangan... Selamat Tinggal Cat ku yang paling ku sayang.. paling manja.. Comei te comei.. anja te anja.. we've been through thick and thin together.. u are my witness for all that i've been through.. i'm going to miss u ty..
(2005-2010)