Sunday, March 20, 2011

Berjimat ketika membeli-belah

Kepada pelanggan Nursari yang dikasihi,

Sedikit nasihat dari Nursari ketika keadaan ekonomi yang tidak berapa baik ini. Kita hairan dan pelik kenapa duit yang dibawa tidak mencukupi ketika membeli-belah padahal kenaikan yang diwar-warkan cuma 10sen dan tidaklah melebihi 1 ringgit selalunya. Di sini Nursari mahu berkongsi bersama, Nursari bukanlah jenis kaki report kepada persatuan penggguna. Tidak sampai hati pula sebab Nursari juga adalah peniaga.

Baru-baru ini ketika ke sebuah pasaraya, sewaktu hendak membeli barangan runcit, saya membawa sejumlah wang hanya untuk membeli makanan dan pasir kucing, tahu-tahulah belum hujung bulan lagi. Saya pun beli itu sahaja sebab hendak keluar outstation untuk beberapa hari. Alangkah terkejutnya saya harga yang dipaparkan dirak hanyalah rm46.99 (untuk 7kg) tetapi ketika hendak membuat pembayaran harga tersebut menjadi rm66.99. Sejurus sahaja di "tet" oleh cashier pasaraya tersebut. Apabila saya tanya, tiada sebarang jawapan dari cashier tersebut malah security guard pula yang datang dengan walkie talkienya. Saya tanya lagi kenapa dirak tulis harga lain tetapi apabila kat sini jadi harga lain, masih juga senyap dan menuruskan menge "tet" pasir kucing saya pula. Pak guard masih tercegat dan bercakap dengan walkie-talkienya. Entah apa yang dicakap pun saya tidak dengar. Jadi saya dapat rasakan memang mereka tahu , tapi buat-buat tak tahu. Itulah modus operandi mereka untuk mengenakan pelanggan yang cuai tidak mengambil berat dengan harga yang dirak dan harga ketika membuat bayaran.

Hati-hatilah. Wasalam. Renung-renungkan...