Thursday, April 7, 2011

Hati-hati anak dara ketika di pusat membeli-belah.

Salam pelanggan Nursari yang dikasihi sekalian...

Ada lagi perkara yang amat penting untuk diwar-warkan kepada kaum muslimah sekalian. Sekiranya hendak keluar dari rumah, keluarlah dengan muhrim, mintalah izin dahulu dari ibubapa. Pakaian tu janganlah sampai menarik minat lelaki yang bahaya. Bukan apa, disini Nursari nak kongsi bersama pengalaman Nursari ketika datang uzur tempohari.

Nak dijadikan cerita sewaktu hendak solat Maghrib di Terminal One Seremban, Nursari uzur dan tidak dapat mengerja solat. Nursari duduk di bangku panjang menghadap surau lelaki sambil mengunggu suami dan tempat di situ sahaja yang kosong. Jauh sedikit ada seorang budak lelaki, dalam anggaran bawah 25tahun. Budak lelaki itu terpandang-pandang Nursari, bukanlah bermakna Nursari ni cun tetapi mungkin pada pendapat Nursari dia tahu tentang keuzuran Nursari.

Sambil duduk menghadap pintu surau tersebut, anak mata Nursari dapat juga melihat apa yang dilakukan oleh budak lelaki tersebut. Dia mengeluarkan sebotol minyak wangi (botol kecik) dan membau-baunya dengan asyik sekali. Nursari pelik juga apa yang hendak dilakukan oleh budak lelaki ini. Kalau Nursari betul uzurnya, si budak lelaki ni apahal pulak.

Tidak lama selepas itu keluar pula rakan pada budak lelaki ini.yang hensem macam Danny x-factor. Budak lelaki yang tidak hensem iini menawarkan minyak wangi tersebut untuk dicalit pada rakanya tetapi rakannya tidak mahu. Lalu si budak lelaki berkata,"Kau tak nak dara ke? Ko tak nampak awek tadi cakap apa kat aku? Lama x jumpa abang ni.."

Tetapi rakan baik itu tetap menolak, almaklumlah dia baru sahaja selesai solat maghrib. Apalah punya rakan si budak lelaki tu, dah la tak solat nak cuba menghasut pulak. Semasa mereka beredar, si budak lelaki tadi terpandang-pandang Nursari. Nak cuba try test tengok jadi ke tidak lah minyak dia tu.

Alahai orang lelaki, gentleman lah sikit, walaupun tidak hensem. Kenapa guna produk-produk khurafat macam tu untuk memikat wanita. Sayang anak-anak dara, jaga lah diri anda untuk suami anda mahupun lelaki yang akan anda cintai untuk selama hayat. Jangan menyesal tidak sudah. Bila bertemu dengan jodoh yang dipilih oleh Allah anda akan faham maksud Nursari.

Wasalam. Renung-renungkan.