Monday, March 18, 2013

Hassan al-Basri

Kenapa kau bukan Hassan?
Kerana aku bukan Rabiah?
Kau tanya aku kenapa aku mencarimu?
Setiap keputusanku jawapan Istiqarah..

Kau melihat aku dahulu
Aku melihat kau di masa hadapan
Kau tahu kenapa aku marah?
Kerana kau berniat mencuri..
Semua orang mencuri hati
Tapi bukan hati Rabiah..
Hati Rabiah milik Allah..

Kau tahu kenapa Rabiah menolak cinta Hassan?
Kerana Rabiah tidak mahu ulama seperti Hassan menjadi
Dinding penghalang cintaNya

Kau tahu kenapa Hassan mengalirkan airmata?
Kerana tingginya makam Rabiah
Kenapa kau bukan Hassan?
Lelaki yang redha keputusan perempuan yang bernama Rabiah
Hati Hassan juga milik Allah

Saturday, March 16, 2013

Penjara hatiku

Mindaku dijajahi
Hatiku kau curi lagi
Hidupku dicerobohi
Gerak-geriku diperhati

Penjara bagi orang yang memenjarakan
Dengan hak orang yang kau zalimi
Apa salahku andai cintaku tak mampu kau miliki
Apa kuasamu untuk penjarakan hatiku

Ini jalanku pilih
Jalan menuju Nur Islam.. Aku bukan seorang tapi berteman
Imam yang menjaga masjid ini bernama Raimi

Tiadaku damba hidup bersamamu
Andai malaikat maut menjemputku sekalipun
Aku lebih rela menurutinya
Dari hidup bersama syaitan yang bertopengkan manusia

Memang aku bukan sesuci Mariam
Aku juga bukan sewarak Rabiah
Namun aku cintakan Qhalikku
Tiada apa yang memisahkan cintaku
Walau kau beriku dunia sekalipun..




Thursday, March 14, 2013

Munafik

Munafik bermaksud hipokrit tetapi mereka bukan kafir. Munāfiq atau Munafik (kata nama, daripada bahasa Arabمنافق, jamakmunāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya. 

Terminologi munafik dalam Al Qur'an

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.
Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.[1] Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan.[2] Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami.[3] (Al Munafiquun:1-3)
Pautan Luar: Surah dan Terjemahan



Friday, March 1, 2013

Hati ini milikMu



maafkan aku
andai aku tidak pandai berbicara
akan aku karangkan sebuah novel sebagai gantinya
biar kau mengerti betapa indahnya alam cintaku ini

maafkan aku
andai aku tidak terzahir pada pandangan matamu
akan aku hijabkan seluruh auratku
agar tenteram jiwamu...

maafkan aku
andai aku tidak pandai mencinta
akan aku contohi cintanya rabiah pada penciptanya
setia dalam penantian memendam rindu 80 tahun lamanya..

maafkan aku kiranya melukakan hatimu
akan aku ganti dengan hati ini
kerana hati ini milikmu...

Friday, January 11, 2013

Kekasihku

malam sudah pergi
siang pula akan mengganti
wahai malangnya diri
80 tahun menunggu malam
adakah malam itu akan membahagiakan
atau ditolak dengan ucapan takziah...

demi cinta abadi
jika Engkau menghalauku dari pintu-Mu itu
nescaya aku tidak berganjak
kerana hati ini sangat cinta kepada-Mu

kekasihku
aku rindu...
jemputlah aku
bawalah aku pulang...

selama hayatku dalam penantian
99 nama-Mu aku jejaki
satu demi satu makam ku lewati
berilah aku melihat wajahmu
walau sekali

jemputlah aku
bawalah aku pulang
cintaku tiada tukar gantinya
aku milik-Mu
aku tidak miliki apa pun selain cinta-Mu

Tuesday, September 20, 2011

Alam Cinta


Oh… indahnya alam cinta
Membuai jiwa mengasyikkan raga
Bau-bauan syurga melelapkan mata
Hingga terlena
Didodoi mimpi asmara
Semalam lenaku sepi
Igauanku tidak bertepi
Tiba-tiba lamunanku terhenti
Dengan airmata membasahi pipi
Ku beranikan diri
Menjejaki benih cinta suci
Hati ini pernah kau curi
Tapi hatimu ku tak pasti
Oh sang rajuna hati
Tolong sampaikan puisi ini
Pada dia sang lelaki
Agar dia jua merasai
Betapa indahnya alam cinta ini
Sebelum fajar meniti

URTV keluaran Feb 2009 (Ayien Shaari)

Ikhlas

Rabi'atul Adawiyah berkata:

Semuanya beribadat kepadamu kerana takut neraka.
Dan mereka menganggap selamat itu kejayaan besar
Atau kerana mahu mendiami syurga yang mereka dapat
Dengan istana-istana dan minum air Salsabila
Syurga dan neraka bukanlah matlamatku
Aku tidak menukar ganti bagi cintaku.

Khairu al-Nassaj berkata "Amal seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah saw melainkan dilakukan dengan ikhlas."
Syarah al-Hikam
Dr Zulkifli Bin Mohammad al-Bakri