Monday, February 8, 2010

Seindah Wanita Solehah

Mujahid Soleh
Sejuk pandangan mu melihat aku
Hartaku ketenangan
Keturunanku ayahanda Adam as dan bonda Hawa as
Kecantikanku amalan dan ketaatan
Agamaku yang kau sedang perjuangkan

Aku idaman muslimin
Maluku perisai
Zikirku penawar diri
Rinduku pada wangian syurga
Setiaku pada janji yang terpatri dilubuk hati
Cintaku pada Allah

Nikah itu pembangunan iman
Nikah itu bukan nafsu bisikan syaitan
Aku yakin kau pemimpinku
Dampinglah aku kerana kerahmatan dan keredhaanNya
Syura sabar
Qanaah tabah
Siapkan jemaah saf menuju syurga
Insyaallah

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Kecewa

Hari ini aku kecewa
Bumi semakin tua
Sekuntum mawar menghias kasihmu
Kini berkuntum di langit sana

Kita bukan muda
Mencari cinta Adam dan Hawa
Qana'ah! Bersyukurlah dengan apa yang ada
Jagalah mata
Jagalah nafsu
Jagalah imanmu

Wahai pemimpinku
Suami Solehku
Pimpinlah daku Solehahmu
Pintu taubat masih tidak jemu

Sunday, February 7, 2010

Cemburu

Rasulullah s.a.w. bersabda: Diriwayatkan daripada Jabir r.a., menerusi Anbah r.a., katanya: Baginda Rasul s.a.w. telah bersabda: "Sebahagian perasaan cemburu itu adalah disukai Allah sedangkan sebahagian yang lain amat dimurkai-Nya. Perasaan cemburu yang disukai Allah ialah perasaan cemburu dan keraguan, sedangkan perasaan cemburu yang dimurkai Allah ialah perasaan cemburu tidak dalam keraguan (memastikan)."
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

********
Diriwayatkan pula daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Baginda Rasul s.a.w. pernah berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan perasaan cemburu di dalam hati kaum wanita dan Allah jugalah yang menjadikan kaum lelaki diwajibkan pergi berperang. Oleh itu sesiapa di antara kaum wanita yang sabar dan berusaha mencari keredaan Allah maka ia memperoleh pahala seperti lelaki yang mati syahid.

Thursday, February 4, 2010

Bersyukur dengan apa yang ada

Rasulullah s.a.w bersabda: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Kekayaan yang sebenarnya bukanlah pada harta yang banyak tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah pada ketenteraman jiwa."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
********
Rasulullah s.a.w. bersabda: Diriwayatkan daripada Hakim bin Hasan r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (orang yang memberi adalah lebih mulia daripada yang meminta). Oleh kerana itu mulailah dari keluargamu dan sebaik-baik sedekah ialah yang datang daripada orang yang tidak berlebih. Sesiapa yang memelihara kehormatan dirinya nescaya Allah s.w.t akan memeliharanya dan sesiapa yang merasa sudah cukup nescaya Allah s.w.t akan mencukupkannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
********
Rasulullah s.a.w bersabda: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Jika salah seorang dari kamu melihat seorang yang memperolehi harta dan rupa maka hendaklah ia memandang orang yang dibawahnya."
(Riwayat Bukhari)
********
Sementara dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pandanglah orang-orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah memandang orang-orang yang lebih tinggi daripada kamu kerana ia lebih baik dari kamu untuk menjadikan kamu tidak memperkecil-kecilkan nikmat Allah yang telah dianugerahkan-Nya kepada kamu.
(Riwayat Muslim)

Membujang

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: "Bahawa seorang wanita dari Qosam datang untuk bertemu baginda Rasul s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, beritahulah aku apa dia hak-hak kaum lelaki dan isterinya? Sebenarnya aku adalah wanita yang belum kahwin, sekiranya aku mampu memenuhinya nescaya aku akan bernikah dan jika tidak mampu nescaya aku akan tetap membujang. "Maka baginda Rasul s.a.w. menjawab: Hak-hak seorang suami dari isterinya ialah jika ia mengajak isterinya sedangkan ketika itu ia berada di atas tunggangan unta, hendaklah ia tidak menolak kemahuan suaminya. Selain itu hak suami dari isterinya ialah supaya ia tidak berpuasa sunat kecuali atas kebenaran suaminya. Sekiranya ia terus berpuasa maka puasanya tidak memberi faedah kecuali sekadar haus dan lapar manakala pahalanya tidak ada. Juga selain itu, seorang isteri janganlah keluar rumah sebelum mendapat kebenaran dari suaminya. Sekiranya isteri tersebut masih keluar juga, maka malaikat di langit, yakni malaikat rahmat dan malaikat azab akan mengutuknya sehingga ke pagi atau sehingga ia balik ke rumah" Lalu wanita itu berkata, "sekarang aku sudah putuskan untuk tidak lagi berkeluarga selama-lamanya."

Classic Cheesecake

25g digestive biscuit crumbs
900g cream cheese
250g caster sugar
grated rind of 1 lemon
3tsbp fresh lemon juice
1tsp vanilla essence
4 eggs at room temperature

1. Preheat the oven to 160C. Grease a 23cm/9in springform cake tin. Place on a round of foil 13cm/5in larger than the diameter of the pan. Press it up the sides to seal tightly.

2. Sprinkle the crumbs in the base of the pan. Press to form an even layer.

3. With the electric mixer, beat the cream until smooth. Add the sugar, lemon rind and juice and vanilla essence, and beat until blended. Beat the eggs, one at a time. Beat just enough to blend thoroughly.

4. Pour into the prepared tin. Set the tin in a larger baking tray and place in the oven. Pour enough hot water in the outer tray to come 2.5cm/1in up the side of the tin.

5. Bake until the top of the cake is golden brown, about 1 1/2hours. Let cool in the tin.

6. Run a knife round the edge to loosen, then remove the rim of the tin. Chill for at least 4 hours before serving.

Wednesday, February 3, 2010

It is you

Though short
I know it is you
for my heart aches
for you when far

I show you for the world
to see for you are mine
to hold and treasure
for you my saviour

I long for embrace
I look for solace
in you, i found both
for we are together

The world may say
too soon for us
it has been too
long for together we long

Together we belong
in our ship to destiny
for rough oceans we ride
toward heaven we strive

Adam dan Hawa

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(Surah An-Nisaa' ayat 1)

Mencari Kebahagiaan Dunia dan Kebahagiaan Akhirat Panduan Menjadi Isteri Yang Solehah

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta mematuhi segala suruhan dan tegahan-Nya.
2. Mentaati suami, selama mana suaminya tidak menyuruh kepada perkara-perkara mungkar, tidak membantah dalam hal kebenaran dan kebaikan.
3. Memelihara maruahnya ketika suami tiada disisi.
4. Bersyukur keatas segala nikmat yang Allah berikan pada suami, diri dan keluarga.
5. Hanya melakukan perkara-perkara yang disukai suami, sama sekali tidak menghina atau merendah-rendahkan suami.
6. Menjaga hak dan kehormatan suami. Tidak memberi sesuatu harta benda kepada orang lain sebelum mendapat keizinannya.
7. Mendahulukan hak suami daripada hak diri atau kaum kerabatnya. Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik, lemah lembut dan penyayang. Berpakaian kemas dan bersolek hanya untuk suami.
8. Sentiasa menunjukkan kemesraan terhadap suami. Melayan suami dengan layanan yang terbaik untuk menimbulkan kegembiraan dan kesenangan pada hati suami.
9. Berpengetahuan dan berakhlak mulia. Tahu melayani suami dan mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah.
10. Tidak keluar rumah tanpa izin suami, sekalipun untuk menziarahi keluarga atau menuntut ilmu.
11. Apabila terlanjur melakukan sesuatu yang menyebabkan kedukaan atau kemarahan suami, bersegera memohon maaf daripada suami.
12. Tidak membenarkan orang lain, samada lelaki mahupun wanita yang tidak disukai suami, masuk ke rumah sebelum mendapat keizinan suami.

Suami adalah Pemimpin

"Kaum lelaki adalah pemimpin ke atas kaum wanita kerana Allah telah memberikan kelebihan kepada mereka berbanding dengan yang lainnya, juga kerana apa yang mereka nafkahkan dari harta benda mereka (kepada isterinya)."
(Surah al-Nisa' ayat 34)
********
"Seorang lelaki tidaklah sama dengan seorang perempuan"
(Surah Ali Imran ayat 36)
********
Maka baginda Rasul s.a.w. berkata: "Tolong sampaikan kepada semua kaum wanita yang bertemu dengan kamu, bahawa patuh kepada suami dan menjaga hak-hak mereka sama pahalanya dengan pahala jihad. Namun begitu tidak ramai di antara kaum wanita yang mampu melakukan seperti itu."
(Dinukil dari kitab Ahkam al-Nisa' halaman 79)
********
Menurut riwayat yang lain pula: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekiranya aku dibenarkan menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang yang lain tentulah akan aku suruh seorang isteri sujud kepada suaminya."

Isteri Solehah

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasullulah s.a.w. telah berkata kepada Umar bin Khattab r.a:"Sukakah engkau saya beritahukan tentang harta yang paling bernilai bagi seorang suami? Sesungguhnya harta yang paling bernilai bagi seorang suami ialah isteri yang solehah, yakni wanita yang apabila suaminya memandangnya kepadanya, hati suaminya senang, jika suaminya menyuruhnya, dia patuh, dan jika suaminya meninggalkan rumah, dia memelihara hak-hak dan kehormatan suaminya."

Terima Kasih

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Baginda Rasul s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang wanita yang engan berterima kasih kepada suaminya, dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya."
(Riwayat Nasa'i dan Hakim)
Antara kebaikan bersuami:
a. para isteri harus sedar bahawa orang yang paling banyak melindungi mereka,
b. menaikkan harga diri mereka,
c. memelihara mereka daripada terjerumus kepada perbuatan maksiat; dan
d. menyelamatkan diri mereka dari terjebak ke lembah kehinaan adalah suami mereka.
Dengan demikian seorang lelaki yang bernama suami adalah harta yang paling bernilai bagi seorang isteri muslimah kerana lelaki itulah yang telah membebaskan mereka daripada menjadi mangsa nafsu kebinatangan orang-orang yang tidak mengenal Allah s.w.t. Dan itu bererti mereka telah diangkat darjatnya dan ditinggikan martabatnya oleh lelaki yang bernama suami.
(Dipetik dari Isteri yang membahagiakan suami)