Thursday, February 4, 2010

Membujang

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: "Bahawa seorang wanita dari Qosam datang untuk bertemu baginda Rasul s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, beritahulah aku apa dia hak-hak kaum lelaki dan isterinya? Sebenarnya aku adalah wanita yang belum kahwin, sekiranya aku mampu memenuhinya nescaya aku akan bernikah dan jika tidak mampu nescaya aku akan tetap membujang. "Maka baginda Rasul s.a.w. menjawab: Hak-hak seorang suami dari isterinya ialah jika ia mengajak isterinya sedangkan ketika itu ia berada di atas tunggangan unta, hendaklah ia tidak menolak kemahuan suaminya. Selain itu hak suami dari isterinya ialah supaya ia tidak berpuasa sunat kecuali atas kebenaran suaminya. Sekiranya ia terus berpuasa maka puasanya tidak memberi faedah kecuali sekadar haus dan lapar manakala pahalanya tidak ada. Juga selain itu, seorang isteri janganlah keluar rumah sebelum mendapat kebenaran dari suaminya. Sekiranya isteri tersebut masih keluar juga, maka malaikat di langit, yakni malaikat rahmat dan malaikat azab akan mengutuknya sehingga ke pagi atau sehingga ia balik ke rumah" Lalu wanita itu berkata, "sekarang aku sudah putuskan untuk tidak lagi berkeluarga selama-lamanya."

No comments:

Post a Comment