Thursday, February 4, 2010

Bersyukur dengan apa yang ada

Rasulullah s.a.w bersabda: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Kekayaan yang sebenarnya bukanlah pada harta yang banyak tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah pada ketenteraman jiwa."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
********
Rasulullah s.a.w. bersabda: Diriwayatkan daripada Hakim bin Hasan r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (orang yang memberi adalah lebih mulia daripada yang meminta). Oleh kerana itu mulailah dari keluargamu dan sebaik-baik sedekah ialah yang datang daripada orang yang tidak berlebih. Sesiapa yang memelihara kehormatan dirinya nescaya Allah s.w.t akan memeliharanya dan sesiapa yang merasa sudah cukup nescaya Allah s.w.t akan mencukupkannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
********
Rasulullah s.a.w bersabda: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Jika salah seorang dari kamu melihat seorang yang memperolehi harta dan rupa maka hendaklah ia memandang orang yang dibawahnya."
(Riwayat Bukhari)
********
Sementara dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pandanglah orang-orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah memandang orang-orang yang lebih tinggi daripada kamu kerana ia lebih baik dari kamu untuk menjadikan kamu tidak memperkecil-kecilkan nikmat Allah yang telah dianugerahkan-Nya kepada kamu.
(Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment