Tuesday, March 23, 2010

Bersanding Dalam Pandangan Islam

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
Written by radzi
Saturday, 24 November 2007

Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang..termasuklah Ustaz dan Ustazah (yang mengaji agama). Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya rasa seperti diketuk kepala..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, artikel ini mungkin dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia...
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. ada Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: hari Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (hari Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan:
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam. Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

Monday, March 15, 2010

Berkahwin

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatnya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui", Surah An-Nur ayat 32.

Tuesday, March 9, 2010

Hidayah Solehah

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kepada pelanggan Nursari Beauty yang dikasihi...

ALHAMDULILLAH. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufiq dan hidayah serta inayah-Nya, telah mengizinkan saya untuk membentuk blog Hidayah Solehah ini, serta meneruskan usaha menyebarluaskan bahan-bahan yang terkini dan bermanfaat serta sesuai untuk keperluan semasa dalam kehidupan umat Islam terutamanya kaum wanita yang dikasihi. Ilham ini bermula dari permergiaan seorang sahabat baik yang sangat cantik ke rahmahtullah, iaitu allahyarhamah Saleha Salleh. Al-Fatihah.
Sebelum ini blog Nursari Beauty dibentuk bagi pelanggan-pelanggan yang ingin berkongsi rahsia kecantikan luaran serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Nursari Beauty. Tetapi melalui pengalaman, saya merasakan tidak lengkap jika kecantikan seorang wanita itu hanya terletak pada luaran sahaja.
Hidayah solehah adalah blog untuk kita sama-sama meneroka kecantikan dalaman. Saya asingkan keduanya hanya untuk yang sudi berkongsi dan celik mata hatinya. Kecantikan dalaman ini tidak memerlukan modal yang tinggi tetapi hasilnya akan terserlah diwajah anda. Itulah yang saya mahu kongsikan bersama 'sinaran cahaya hidayah pertunjuk' cahaya ini juga boleh memandu kita ke jalan yang benar, Insyaallah. Marilah kita sama-sama meneroka kecantikan dalaman ini. Mulakan niat anda kerana Allah.
Semua ayat2 Al-Quran dan Al-hadith yang saya kumpulkan ini adalah untuk dikongsi bersama. Semuanya dalam lingkaran pengetahuan saya dan pengalaman-pengalaman hidup yang pernah saya lalui. Yang baik dari Allah SWT yang buruk dari saya.

Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan saya meminta keampunan Allah SWT atas yang sedemikian itu kerana tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolongan-Nya.


Semoga blog ini bermanfaat bagi kita semua, terutama untuk membina keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Amin.

Teguran yang membina adalah amat dialu-alukan.
Sekian. Wa billahi taufiq wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Thursday, March 4, 2010

Buruk Sangka

"Jauhilah buruk sangka. Rasulullah s.a.w. bersabda "Jauhilah buruk sangka. Sesungguhnya buruk sangka itu sedusta-dustanya berita, janganlah kamu mendengar khabar orang lain, janganlah kamu mencari keburukan orang sahaja, janganlah kamu saling marah memarahi dan janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturrahim. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara" (HR Bukhari dan Muslim)

Tuesday, March 2, 2010

Hidayah pertunjuk

"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada pertunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah pertunjuk selama-lamanya". (ayat 57 surah Al-Kahfi)
*********
“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah Al-Qasas: 56)
*********
"Melainkan(hendaklah disertakan dengan berkata): "insyaallah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan pertunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (ayat 24 surah Al-Kahfi)

zikir harian/lembut hati

Alhamdullilah akhirnya saya dapat juga berkongsi zikir harian ini bersama pelanggan2 Nursari Beauty. Zikir ini saya dapat dari seorang kakak, teman sekerja saya dahulu yang saya panggil Mek Senah. Semoga Allah melindunginya. Pada mulanya saya terfikir juga susah nak buat ni tapi apabila saya lihat dia boleh buat maka saya juga cuba buat. Saya beli counter untuk mengira hingga 1000 sehari. Mula2 sedikit demi sedikit. Alhamdullilah, lama-kelamaan hati berzikir dengan sendirinya.
Saya tahu memang susah nak dengar nasihat, hendak-hendak bila dah tua hati dah keras, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Tapi pada saya, saya berterima kasih tidak terhingga kepada Mek Senah ni sebab dia menasihati saya dengan cara beri saya zikir harian ni. Bila hati dah lembut, maka senang anggota lain boleh membuat kebaikan. Nasihat saya, apabila ada orang yang menasihati kita terutama para isteri tentu kita susah nak terima. Kita ingat kita betul. Tetapi sedarlah, nasihat itu sebenarnya dari Allah. Orang yang nasihatkan kita itu juga digerakkan hatinya oleh Allah. Amalkanlah zikir harian ini Insyaallah, dalam waktu suka dan duka. Mungkin sehari, sebulan, setahun, mungkin lebih anda akan sedar dan faham apa maksud saya.
********
“Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan. Itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati itu sesuatu yang ada di dalam dada yang berbentuk zat (bukan material). Ia harus diisi dengan sesuatu. Bila Allah mengisinya, maka orang itu menjadi baik. Jika syaitan mengisinya, orang itu menjadi jahat. Oleh itu apabila kita berzikir bererti hati kita diisi dengan Allah, sentiasa bersama Allah dan tidak memberi tempat langsung kepada syaitan mempengaruhinya.
********
Daripada Ibnu Umar R.A. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah memperbanyak pembicaraan selain menyebut Allah s.w.t, sebab sesungguhnya banyak berbicara selain menyebut Allah s.w.t dapat mengeraskan hati. Sesungguhnya manusia yang jauh daripada Allah s.w.t adalah orang-orang yang hatinya keras. "
********
"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah pertunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata." Surah Az-zumar ayat 22