Tuesday, March 9, 2010

Hidayah Solehah

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kepada pelanggan Nursari Beauty yang dikasihi...

ALHAMDULILLAH. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufiq dan hidayah serta inayah-Nya, telah mengizinkan saya untuk membentuk blog Hidayah Solehah ini, serta meneruskan usaha menyebarluaskan bahan-bahan yang terkini dan bermanfaat serta sesuai untuk keperluan semasa dalam kehidupan umat Islam terutamanya kaum wanita yang dikasihi. Ilham ini bermula dari permergiaan seorang sahabat baik yang sangat cantik ke rahmahtullah, iaitu allahyarhamah Saleha Salleh. Al-Fatihah.
Sebelum ini blog Nursari Beauty dibentuk bagi pelanggan-pelanggan yang ingin berkongsi rahsia kecantikan luaran serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Nursari Beauty. Tetapi melalui pengalaman, saya merasakan tidak lengkap jika kecantikan seorang wanita itu hanya terletak pada luaran sahaja.
Hidayah solehah adalah blog untuk kita sama-sama meneroka kecantikan dalaman. Saya asingkan keduanya hanya untuk yang sudi berkongsi dan celik mata hatinya. Kecantikan dalaman ini tidak memerlukan modal yang tinggi tetapi hasilnya akan terserlah diwajah anda. Itulah yang saya mahu kongsikan bersama 'sinaran cahaya hidayah pertunjuk' cahaya ini juga boleh memandu kita ke jalan yang benar, Insyaallah. Marilah kita sama-sama meneroka kecantikan dalaman ini. Mulakan niat anda kerana Allah.
Semua ayat2 Al-Quran dan Al-hadith yang saya kumpulkan ini adalah untuk dikongsi bersama. Semuanya dalam lingkaran pengetahuan saya dan pengalaman-pengalaman hidup yang pernah saya lalui. Yang baik dari Allah SWT yang buruk dari saya.

Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan saya meminta keampunan Allah SWT atas yang sedemikian itu kerana tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolongan-Nya.


Semoga blog ini bermanfaat bagi kita semua, terutama untuk membina keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Amin.

Teguran yang membina adalah amat dialu-alukan.
Sekian. Wa billahi taufiq wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

No comments:

Post a Comment